Langkau ke kandungan

LALUAN PELAJARBAB 5/58 MINIT

Satu Project, satu subjek

Masalah: setiap kali buka chat baru, anda kena tampal nota dan terangkan subjek dari awal.

Hasil bab ni: satu “folder” Claude untuk setiap subjek, dengan silibus, nota dan arahan tetap yang sentiasa diingati.

  1. Di claude.ai, klik Projects → Create project. Nama ikut subjek, contoh BIO 2 · Sem 3.
  2. Upload silibus dan nota kuliah (buang maklumat peribadi dulu).
  3. Isi instructions project dengan prompt di bawah.
  4. Ulang untuk setiap subjek. Satu Project, satu subjek.
  5. Guna semua teknik Bab 1 hingga 4 dalam Project. Claude dah tahu konteksnya.
Saya pelajar [kursus]. Project ni untuk subjek [subjek].
Sentiasa rujuk silibus dan nota yang dimuat naik. Kalau sesuatu
tiada dalam bahan, beritahu saya. Jangan tulis assignment untuk saya;
bantu saya faham dan uji saya.

Coachin is independent and not affiliated with Anthropic. Claude is a trademark of Anthropic.